Skip to main content

Tentang Kami

Satu Standard, Setiap Lokasi

Konsisten. Boleh dipercayai. Mesra. Rasa sendiri nilai SUNDU kami.

Isu Yang Kami Nampak

1

Setiap orang Sabah ada doktor “sendiri” bah. Yang dorang percaya. Yang dorang sanggup tunggu— walaupun sakit.
2

Di negeri seluas Sabah ni, maksudnya pesakit sanggup memandu berjam-jam atau tangguh rawatan semata-mata mau jumpa doktor yang biasa tu. Saya sendiri pernah alami ni. Masa saya bertugas di klinik lain dulu, ada pesakit tunggu berminggu-minggu sampai dapat jumpa saya masa shift saya—nasib baik saya diagnos kanser dia tepat pada masa. Sekarang dia dah pulih, dalam remission. ( kondisi di mana tanda & gejala suatu penyakit - seperti kanser, berkurang atau menghilang sama sekali )
3

Tapi macam mana kalau dia terlewat? Kalau dia terjumpa saya pada tahap yang tidak dapat diselamatkan?
4

Soalan tu yang buka mata saya: Sabah perlukan klinik yang kualiti konsisten, supaya pesakit ndak payah tunggu doktor “sendiri” untuk dapat rawatan cemerlang.

Penyelesaian Kami: SUNDU

Kami bina Carepoint atas satu kepercayaan mudah: Bila pesakit sanggup melabur untuk penjagaan kesihatan berkualiti, ndak patut risau mana satu klinik atau doktor yang ada di klinik kami.

Nadi Carepoint Clinics berdenyut dengan nilai asas – SUNDU (Bermaksud SEMANGAT dalam Bahasa Dusun di Sabah)


S – Standardisasi

Setiap doktor jalani latihan rapi selama satu hingga tiga bulan bila join Carepoint. Setiap pembantu klinik di latih dan di sokong selama 3 bulan. Latihan khusus untuk pastikan dorang ikut rangka kerja Carepoint. Susun atur klinik sama. Protokol sama. Stok ubat sama. Pelan rawatan sama. Masuk mana-mana Carepoint dengan sakit dada? Sistem amaran sama yang aktif. Masa respons sama. Prosedur pindah kecemasan sama. Teda beza. Teda surprise.


U – Unity (Perpaduan)

Kami memupuk semangat kolaboratif antara doktor, jururawat, dan rakan kongsi. Tiada hierarki yang ganggu penjagaan. Pemerhatian jururawat sama penting dengan preskripsi doktor. Setiap ahli pasukan kerja sebagai satu unit dengan satu matlamat—penjagaan kesihatan berkualiti kita. Tambah lagi, sistem rekod kesihatan ‘cloud’ kami maksudnya rekod perubatan ikut kita ke mana-mana cawangan.


N – Nurture (Asuhan)

Kami dengar dulu, baru rawat. Kami selalu bergurau sama team: “Ingat ah, saya bukan boss kamu—pesakit yang duduk sana tu? Dialah boss sebenar!” Ni yang buat kami keep grounded bah. Kebimbangan pesakit penting. Masa pesakit penting. Keselesaan pesakit penting.


D – Distinction (Kecemerlangan)

Pendidikan berterusan untuk semua. Doktor kami konsisten naik taraf kemahiran klinikal sepanjang masas. Pembantu klinik kami jalani latihan berkala untuk tingkatkan penjagaan pesakit. Kakitangan pengurusan pun aktif upgrade skils diorang. Kecemerlangan bukan destinasi— ia perjalanan penambah-baikan berterusan. Kami melabur dalam kakitangan supaya dorang sentiasa kompeten dalam penjagaan kesihatan kita.


U – Uniformity (Keseragaman)

Konsultasi doktor sama. Standard ubat sama. Harga sama. Penjagaan susulan sama. Lima lokasi, satu janji.

Kami pun Manusia Juga

Mula-mula dulu, kami cuba kawal semua dari pusat. Setiap preskripsi. Setiap protokol. Ndak jalan pun.

Doktor kami—terlatih di institusi berbeza, bawa kepakaran berbeza—rasa terkongkong. Kami sedar standardisasi ndak bermaksud kaku. Ia bermaksud nilai bersama, bukan tindakan sama.

Sekarang? Setiap doktor beroperasi bebas dalam rangka kerja SUNDU kami. Akauntabiliti tinggi. Nilai jelas. Ada ruang guna kepakaran unik dorang sambil kekalkan standard teras kami.

Dan inilah perbezaan kami: doktor kami bukan sekadar staf.Di Carepoint, setiap doktor yang cemerlang dipastikan kerjaya mereka dihargai dengan pemilikan klinik. Dorang jadi pemilik bersama, invested dalam penjagaan kita sebab dorang invested dalam kejayaan klinik.

Hasilnya? Penjagaan lebih baik yang konsisten DAN peribadi.

Buktinya

  • 5 klinik merata KK, Tamparuli, Tuaran, Tenghilan, dan Kota Kinabalu.
  • 100,000+ pesakit dilayan dalam 3 tahun.
  • Hampir 80% pesakit kembali dalam 2025—bila orang rasa penjagaan kami, dorang terus datang balik.
  • Satu standard yang kami bertungkus-lumus untuk kekalkan.

Kenapa Ini Penting?

Survivor kanser tu ajar saya sesuatu penting: pesakit ndak patut pertaruh kesihatan cari doktor “betul”. Setiap klinik patut tawar standard penjagaan tinggi yang sama.

Sebab tulah kami bina Carepoint—bagi setiap rakyat Sabah, dari Sipitang hingga Semporna, akses kepada penjagaan kesihatan konsisten dan berkualiti. Bukan sebab nasib dapat doktor “betul”. Tapi sebab masuk Carepoint.

Kesihatan Kita, Standard Kami

Kami bukan sekadar bina rangkaian klinik. Kami bina jaring keselamatan kesihatan Sabah. Di mana lokasi ndak tentukan kualiti penjagaan. Di mana “mana-mana Carepoint pun boleh” jadi kenyataan keyakinan kami, kesihatan berkualiti tidak boleh kompromi.

Visi: Satu Klinik, Setiap Pekan

Bayangkan Sabah di mana setiap pekan—dari Kudat ke Tenom, dari Ranau ke Semporna—ada klinik Carepoint.

Di mana profesional yang kerja outstation, keluarga melawat saudara, atau sesiapa cari penjagaan berkualiti ndak payah gamble dengan klinik ndak dikenali. Di mana bayar untuk penjagaan kesihatan bermaksud bayar untuk kepastian—standard sama, kualiti sama, merata tempat. Di mana pilih klinik bukan pasal cari yang “bagus” tapi cuma cari Carepoint terdekat.

Itulah Sabah yang kami bina. Satu klinik, satu pekan pada satu masa.

Kita sedia untuk rasa penjagaan kesihatan berkualiti kami – secara konsisten?

Buat temu janji di mana-mana klinik Carepoint. Rasa sendiri beza nilai SUNDU kami.

“Bila setiap rakyat Sabah boleh masuk mana-mana klinik tanpa fikir dua kali pasal kualiti—masa tulah kami berjaya. Satu standard, setiap lokasi.”

Dr. Viknesvaran ThangiahPengasas