Skip to main content

Mau buat operation kecil ka bah?

Pembedahan kecil boleh siap cepat, tidak perlu tinggal lama di klinik.
Pakar kami akan pastikan rawatan selamat, cepat, dan kurang sakit.

Kami boleh bikin pembedahan kecil macam di bawah bah.

  • Buang Ketuat & Kutil
  • Buang Lipoma 
  • Penyingkiran Tahi Lalat
  • Sunat/Berkhatan
  • Rawatan tag kulit (skin tag)
  • Penyingkiran Cyst (Benjolan bawah kulit)
  • Rawatan Keloid (Parut Kulit)
  • Bisul 
  • Cagu atau Kuku Cengkam 

Buang Ketuat & Kutil

Bangun pagi nampak ketuat makin besar? Rasa malu atau sakit bila kena gesel kasut? Susah mau hilang walau cuba petua sendiri? Kami boleh buang ketuat & kutil dengan cara selamat dan cepat. Dapatkan kulit licin balik, bebas sakit dan rasa lebih yakin!

Buang Lipoma

Ada benjolan lemak yang makin besar dan mengganggu penampilan? Risau ia berbahaya? Doktor kami akan periksa dengan teliti dan buang lipoma dengan prosedur selamat. Lepas rawatan, kulit nampak kemas dan keyakinan diri pun naik balik!

Penyingkiran Tahi Lalat

Tahi lalat makin besar atau bentuknya mencurigakan? Risau jadi masalah kulit? Kami sediakan pemeriksaan dan penyingkiran tahi lalat dengan teknik moden dan selamat. Dapatkan kepastian dan kulit lebih bersih tanpa gangguan!

Sunat / Berkhatan

Anak resah sebab takut sunat? Mahu cepat sembuh dan tak trauma?
Kami gunakan teknik moden dan mesra kanak-kanak supaya proses selesa dan cepat pulih. Ibu bapa pun tenang, anak pun gembira!

Rawatan Tag Kulit (Skin Tag)

Ada ketumbuhan kecil yang buat kulit kasar dan rasa tak selesa? Kami boleh buang skin tag dengan prosedur mudah dan cepat. Kulit jadi licin balik, rasa lebih yakin dan selesa setiap hari!

Penyingkiran Cyst (Benjolan Bawah Kulit)

Ada benjolan bawah kulit yang makin besar dan sakit bila disentuh? Kami akan periksa dan buang cyst dengan cara selamat, bersih, dan professional.
Tak perlu risau lagi, kulit kembali sihat tanpa gangguan!

Rawatan Keloid (Parut Kulit)

Parut timbul besar dan gatal sampai rasa tak selesa? Susah mau hilang sendiri? Kami sediakan rawatan untuk kecilkan keloid dan kurangkan rasa gatal atau sakit. Kulit jadi lebih licin dan keyakinan diri pun bertambah!

Bisul

Bisul sakit, bengkak, dan bernanah sampai susah mau duduk? Kami akan rawat bisul dengan selamat dan cepat, elak jangkitan makin teruk. Lepas rawatan, lega dan boleh buat aktiviti macam biasa!

Cagu atau Kuku Cengkam

Jalan pun sakit sebab kuku tumbuh ke dalam? Rasa berdenyut dan merah? Kami ada rawatan profesional untuk buang kuku cengkam dan elak bisul atau jangkitan. Kaki pun lega, boleh pakai kasut dengan selesa balik!

Mulakan penjagaan kesihatan bersama Carepoint Clinics hari ini.