Skip to main content

Mau result lab test cepat dapat ka bah?

Lipid Profile, Kidney Function, Uric Acid, Full Blood Count.
Result dalam 30 minit.

Dapatkan result lab test cepat seperti rawatan di bawah.

  • Sakit Dada 
  • Check darah (FBC, Dengue)
  • Saringan Influenza, COVID-19 & RSV
  • Penyakit Kelamin (STD)
  • Sakit Kencing 
  • Masalah Keputihan
  • Kecederaan Otot & Sendi

Sakit Dada

Bangun tidur rasa dada ketat atau tiba-tiba susah bernafas? Rasa tak sedap hati bila dada berdenyut atau sakit bila bergerak? Kami akan buat pemeriksaan penuh, pastikan punca sakit dada anda, dan beri rawatan cepat untuk tenangkan rasa risau anda.

Check Darah (FBC,Dengue)

Demam tak kebah, badan lesu dan risau ada denggi? Kami sediakan ujian darah lengkap (FBC) untuk pastikan keadaan kesihatan anda. Hasil cepat dan konsultasi doktor supaya anda tahu langkah seterusnya tanpa tunggu lama.

Saringan Influenza, COVID-19 & RSV

Selesema kuat, batuk berpanjangan, atau risau jangkitan virus? Kami ada saringan pantas untuk Influenza, COVID-19 dan RSV. Keputusan tepat & rawatan segera supaya anda cepat sembuh dan elak jangkit orang tersayang.

Penyakit Kelamin (STD)

Rasa tak selesa, keluar cecair pelik, atau risau dijangkiti? Kami tawarkan ujian STD secara profesional & rahsia. Rawatan tepat dan panduan langkah selamat untuk lindungi kesihatan anda.

Sakit Kencing

Pedih masa buang air kecil atau kerap rasa nak terkencing? Jangan tunggu, kami boleh kesan jangkitan kuman awal-awal. Rawatan cepat untuk hilangkan sakit dan cegah masalah lebih serius.

Masalah Keputihan

Keputihan berbau atau warna tak normal buat anda risau? Kami sedia pemeriksaan profesional & ujian makmal jika perlu. Rawatan berkesan supaya anda rasa lebih selesa dan yakin setiap hari.

Kecederaan Otot & Sendi

Terseliuh masa bersukan, sakit lutut bila jalan, atau bahu ketat bila angkat barang? Kami pakar periksa kecederaan otot & sendi, bagi rawatan dan tunjuk latihan rehabilitasi. Bantu anda kembali aktif dengan cepat & selamat.

Mulakan penjagaan kesihatan bersama Carepoint Clinics hari ini.